Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

August 13, 2010

ILMU MEMAGAR DIRI

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah, dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para Ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

MASA:
Waktu selepas solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri, dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

CARANYA:
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.
5) Buat permulaan, amalkan amalannya sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.
Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

UNTUK ANAK-ANAK:
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yang masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah s.w.t.).

source: http://tazkirahmuslimah.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment