Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

September 17, 2010

8 Syawal

Cepatnya masa berlalu.Tup tup sudah pun 8 Syawal. Kemeriahan beraya di kampung sudah menghilang tetapi beraya di ibu kota baru nak bermula…’open house’ di sana sini. Perut kita pun sudah bermacam2 makanan disumbat kedalam.

kurma_200_200

Sudah semiggu Ramadan meninggalkan kita. Ada baiknya kita dapat berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim) <—tazkirah untuk diri sendiri :D

August 27, 2010

Ketenangan hati

سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

istighfar1

Manusia adalah makhluk yang lemah, adakalanya ia sering berbuat khilaf dan dosa tanpa disadarinya,namun sebaik baiknya orang yang berbuat dosa adalah yang selalu memohon ampunan atas segala dosa yang ia lakukan.Istighfar merupakan salah satu jalan tuk memohon ampunan_NYA. Istighfar mempunyai kedudukan yang tinggi dalam diri seorang hamba, bahkan allah memadukannya dengan iman ketika berbicara tentang kaum kuffar Mekah Al-Kahf 55

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu DIA berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

“Ikhlas menjadi diri sendiri agar hidup penuh keamanan dan ketenangan”

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini… :)

.

.

.

August 13, 2010

ILMU MEMAGAR DIRI

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah, dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para Ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

MASA:
Waktu selepas solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri, dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

CARANYA:
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.
5) Buat permulaan, amalkan amalannya sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.
Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

UNTUK ANAK-ANAK:
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yang masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah s.w.t.).

source: http://tazkirahmuslimah.blogspot.com/